Di langit kamu penuh bintang..
Rancak memancar cahaya, rancak berkerlip mata..
Semua gah menarik pandangan kamu..
Aku wujud..
Sengaja tidak bercahaya..
Hanya melihat dan terus melihat dari situ..
Walau aku seperti mereka y banyak itu,
Namun aku tidak mahu menjadi seperti mereka y banyak itu..
Apa yang aku mahu..
Hanya kebenaran..
Kebenaran ttg kehidupan sebenar,
kebenaran ttg kesucian hati sebenar,
kebenaran ttg keikhlasan sebenar menuju takdir..
Aku sengaja tidak seperti mereka,
Aku sengaja menggunakan masa,
Untuk mencari diri y belum dijumpai..
Walau pergi dengan berat resah gundah hati..
Walau aku tidak bercahaya memperlihatkan diri,
Walau aku tidak berkerdip..
Sudah aku katakan,aku tetap wujud..
Tetap melihat..
Tetap memerhati..
Tetap memberi jika diminta..
Akan ku beri..